ad
AGENDA

163,645 peluang kerja ditawar di Selangor suku pertama 2022

22 Mac 2022, 7:35 AM
163,645 peluang kerja ditawar di Selangor suku pertama 2022

SHAH ALAM, 22 MAC: Sebanyak 163,645 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan di Selangor pada suku pertama tahun ini.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau memaklumkan kekosongan jawatan merangkumi sektor pembuatan, pertanian dan pembinaan.

"Jumlah itu berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga Februari lalu," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Sementara itu, Ganabatirau berkata kadar pengangguran di negeri ini menurun kepada 2.9 peratus pada hujung tahun lalu berbanding 3.6 pada suku sebelumnya.

Menurutnya, sehingga kini seramai 105,300 individu masih menganggur mengikut statistik tenaga buruh dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

"Ini menunjukkan trend positif penurunan kadar pengangguran di Selangor," katanya menambah data pengangguran suku pertama tahun ini diperoleh pada April.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.