ad
AGENDA

Anwar hargai perjuangan Kit Siang, ikrar terus mantapkan HARAPAN

20 Mac 2022, 10:10 AM
Anwar hargai perjuangan Kit Siang, ikrar terus mantapkan HARAPAN

SHAH ALAM, 20 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan penghargaan kepada penasihat DAP Lim Kit Siang yang mengumumkan persaraan daripada arena politik hari ini.

Dalam kenyataan di Facebook, presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata KEADILAN bersama DAP, Parti Amanah Negara dan UPKO akan terus memantapkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Terima kasih atas pengorbanan saudara selama ini," kata ahli parlimen Port Dickson itu yang turut menghadiri Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Shah Alam, Selangor pagi ini.

Kit Siang, 81, ahli parlimen Iskandar Puteri memaklumkan persaraannya selain menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Pemimpin veteran itu turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.