ad
AGENDA

Vaksin Sinovac kanak-kanak boleh dibeli menerusi SELangkah

20 Mac 2022, 9:19 AM
Vaksin Sinovac kanak-kanak boleh dibeli menerusi SELangkah

SHAH ALAM, 20 MAC: Vaksin Sinovac untuk kanak-kanak kini boleh dibeli dengan membuat tempahan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

SELangkah menerusi Facebook memaklumkan vaksin bagi kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun itu dijual pada harga RM99 bagi setiap dos.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 1800-22-6600 atau mesej di aplikasi WhatsApp di 019-272 5600.

Sementara itu berdasarkan perkongsian video cara untuk menempah, ibu bapa perlu membuka aplikasi SELangkah dan kemudian menekan butang Selvax (Vaksin).

Ia disusuli menekan butang tempahan sendiri dan dos penggalak, kemudian pilih utama seterusnya pilih penerima vaksin dan tekan tempah sebelum mengesahkan maklumat.

Ibu bapa kemudiannya perlu menetapkan janji temu dan menanda pada ruang pengesahan. Selepas menyemak kembali maklumat tempahan, ibu bapa boleh membuat pembayaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.