ad
AGENDA

Jangkitan harian turun 1,900 kes kepada 22,341

20 Mac 2022, 3:21 AM
Jangkitan harian turun 1,900 kes kepada 22,341

SHAH ALAM, 20 MAC: Angka jangkitan Covid-19 turun 1,900 kepada 22,341 kes semalam berbanding kelmarin dengan jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata 99.32 peratus atau 22,188 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

"Daripada jumlah yang direkodkan, sebanyak 153 kes atau 0.68 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5," katanya dalam kenyataan.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 10,181 kes (45.57 peratus)
  • Kategori 2: 12,007 kes (53.75 peratus)
  • Kategori 3: 58 kes (0.26 peratus)
  • Kategori 4: 45 kes (0.20 peratus)
  • Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini 3,974,019 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.