ad
AGENSI

KRS: Dana MBI bantu persediaan Sukma, anjur pelbagai program

19 Mac 2022, 3:17 PM
KRS: Dana MBI bantu persediaan Sukma, anjur pelbagai program

SERDANG, 19 MAC: Kesatuan Ragbi Selangor amat menghargai sumbangan RM15,000 oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI selepas terkesan akibat Covid-19.

Presidennya, Syed Aldrin Syed Ahmad Kabeer berkata tempoh dua tahun ini memberi cabaran kepada persatuan berikutan tiada perlawanan atau aktiviti yang dapat dijalankan.

“Kita berada dalam fasa hibernasi disebabkan pandemik menyebabkan ramai pemain terkesan. Kita tidak dapat menyertai apa-apa kejohanan dan mengakibatkan ramai atlet kita yang bertaraf tinggi meninggalkan karier ini.

“Jadi sumbangan MBI ini banyak membantu kita, kami amat berterima kasih. Ini bukan kali pertama MBI membantu kerana sebelum ini kami menerima bantuan barangan tetapi kali ini bantuan kewangan pula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan itu dari ketua tanggungjawab sosial korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor di padang ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, petang tadi.

Syed Aldrin berkata bantuan itu akan digunakan pihaknya bagi menganjurkan pelbagai program serta kejohanan, selain sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.