ad
AGENDA

Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 10 malam

14 Mac 2022, 11:25 AM
Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 10 malam
Amaran ribut petir, hujan di Selangor dan negeri lain hingga 10 malam

SHAH ALAM, 14 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 10 malam ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan berlaku melibatkan tujuh daerah di negeri ini iaitu Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya meliputi hampir semua kawasan.

Manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda; Negeri Semblan (Jelebu dan Seremban) serta Sarawak (Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.