ad
AGENDA

Selangor, negeri lain diramal ribut petir dan hujan hingga 5 petang

13 Mac 2022, 7:16 AM
Selangor, negeri lain diramal ribut petir dan hujan hingga 5 petang
Selangor, negeri lain diramal ribut petir dan hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 13 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan hanya satu daerah terlibat di negeri ini iaitu Hulu Selangor.

Keadaan sama turut diramal di Kedah meliputi Baling dan Kulim, Pulau Pinang (Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Kuantan dan Pekan).

Di Sarawak pula melibatkan Limbang manakala Sabah (Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahat Datu) dan Sandakan (Kinabatangan)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.