ad
PBT

Tanah runtuh: MPAJ nafi tiada tindakan terhadap aduan gelongsoran

12 Mac 2022, 10:55 AM
Tanah runtuh: MPAJ nafi tiada tindakan terhadap aduan gelongsoran

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyangkal dakwaan bahawa tiada tindakan daripada MPAJ berkaitan aduan mengenai cerun daripada penduduk di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di sini, sebelum ini.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ Norhayati Ahmad berkata hasil semakan yang dibuat mendapati MPAJ menerima aduan kerosakan longkang di hadapan rumah Jalan 1/2 dan bukan di tapak ini.

Beliau berkata sejak kejadian gelongsoran tanah di taman itu, MPAJ menerima maklumat bahawa tiada tindakan diambil selepas penduduk membuat aduan.

"MPAJ telah membuat semakan aduan berkenaan dan mendapati ia adalah kerosakan longkang di hadapan rumah iaitu di Jalan 1/2K dan bukan di tapak ini.

"Aduan mengenai longkang pecah ini sudah diperiksa dan anggaran kos pembaikan adalah RM1 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhayati berkata semakan dilakukan MPAJ di tapak gelongsoran itu mendapati tiada aduan diterima berkaitan perkara itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.