ad
AGENSI

KDEBWM sedia tong sampah di kawasan tanah runtuh, permudah operasi pembersihan

12 Mac 2022, 2:12 AM
KDEBWM sedia tong sampah di kawasan tanah runtuh, permudah operasi pembersihan

SHAH ALAM, 12 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) menempatkan sembilan unit tong TWB di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Teratai, Ampang Jaya sejak kelmarin, susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Menurut KDEBWB dalam kenyataan di Facebook, kesemua tong itu adalah untuk kegunaan petugas, selain memudahkan operasi pembersihan sampah tabur di lokasi kejadian.

"Berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 10 Mac lalu, KDEBWM cawangan Ampang Jaya sudah menyediakan sembilan unit tong TWB di kawasan kejadian.

"Ia bertujuan memberi kemudahan kepada petugas barisan hadapan ketika melaksanakan kerja-kerja di lokasi kejadian," katanya.

KDEBWM berkata orang ramai yang ingin membuat aduan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di negeri Selangor, boleh menghubungi talian bebas toll KDEB Waste Management di 1-800-88-2824 atau muat turun aplikasi iClean Selangor di play store atau google play.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.