ad
AGENSI

LZS sumbang RM37,000 beli alat moden ukur arah kiblat

11 Mac 2022, 2:08 PM
LZS sumbang RM37,000 beli alat moden ukur arah kiblat

SHAH ALAM, 11 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang RM37,000 kepada Jabatan Mufti negeri untuk pembelian alat pengukur arah kiblat berpandukan satelit.

Menurut Facebook agensi itu, alat berkenaan boleh mengukur dengan tepat ketika hujan, mendung dan waktu malam berbanding kaedah semasa bergantung kepada cerapan matahari.

"Sumbangan ini sebahagian inisiatif LZS dalam mengoptimum saluran wang zakat dengan menyantuni institusi agama dan memperkasa ummah, selain agihan bantuan bagi kebajikan asnaf," katanya.

Bantuan diserahkan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini kepada

Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir di sini hari ini.

Sistem Satelit Kedudulan Global (GNSS) yang turut berpandukan sistem penentududukan sejagat (GPS) bakal digunakan Jabatan Mufti bagi menggantikan Teodolit yang digunakan ketika ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.