ad
AGENDA

Tanah runtuh: Operasi menyelamat dua lagi mangsa diteruskan sehingga esok pagi

10 Mac 2022, 5:03 PM
Tanah runtuh: Operasi menyelamat dua lagi mangsa diteruskan sehingga esok pagi
Tanah runtuh: Operasi menyelamat dua lagi mangsa diteruskan sehingga esok pagi

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Mangsa ketiga tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini dikenal pasti sebagai pemilik rumah dan mayatnya dibawa keluar pada pukul 10.58 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata mayat lelaki itu yang merupakan mangsa kedua yang terkorban dalam runtuhan berkenaan ditemukan di luar kawasan rumahnya.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang untuk tujuan pengesahan identiti," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam ini.

[caption id="attachment_512283" align="aligncenter" width="685"] Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menenangkan waris yang membuat pengecaman mayat korban kedua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2. Foto BERNAMA[/caption]

Mohamad Farouk berkata susulan kejadian tanah runtuh pada kira-kira 6 petang itu, rumah tersebut musnah sepenuhnya dan telah beralih dari kedudukan asalnya.

"Pasukan penyelamat kini sedang mengesan dua lagi mangsa melibatkan seorang pekerja Syarikat Air Selangor Sdn Bhd dan seorang penghuni rumah yang musnah dalam runtuhan berkenaan," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata operasi mencari mangsa lain akan diteruskan sehingga pagi esok memandangkan cuaca baik serta tiada pergerakan tanah.

"Sekiranya berlaku hujan nanti, kita akan hentikan operasi," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.