ad
PBT

Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di Aeon Shah Alam pada Sabtu

9 Mac 2022, 1:55 AM
Bayar cukai taksiran, kompaun MBSA di Aeon Shah Alam pada Sabtu

SHAH ALAM, 9 MAC: Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran serta kompaun di pejabat bergerak Shah Alam On Wheels di parkir terbuka Aeon Shah Alam pada 12 Mac ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kemudahan lain termasuk kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara mulai 11 pagi hingga 5 petang.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad, platform itu memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

"Melalui perkhidmatan ini, pihak Majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi talian 013-3380551.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.