ad
AGENDA

Seluruh Lembah Klang dijangka ribut petir, hujan lebat hingga 3 pagi

7 Mac 2022, 2:57 PM
Seluruh Lembah Klang dijangka ribut petir, hujan lebat hingga 3 pagi
Seluruh Lembah Klang dijangka ribut petir, hujan lebat hingga 3 pagi

SHAH ALAM, 7 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor sejak petang tadi dijangka berterusan sehingga jam 3 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya menerusi Facebook.

Selain itu beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan turut dijangka berdepan fenomena yang sama.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.