ad
AGENDA

Banjir Kelantan: Hanya 790 mangsa masih di tiga pusat pemindahan

6 Mac 2022, 12:59 PM
Banjir Kelantan: Hanya 790 mangsa masih di tiga pusat pemindahan

KOTA BHARU, 6 MAC: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada hanya 790 orang daripada 226 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 1,337 orang daripada 382 keluarga petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat 8 malam, kesemua mangsa banjir berada di tiga PPS dalam daerah Pasir Mas.

Mereka terdiri daripada 262 lelaki, 255 wanita, 138 kanak-kanak lelaki, 127 kanak-kanak perempuan dan lapan bayi.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman sesawangnya pula melaporkan air di semua sungai utama di Kelantan kini berada pada paras biasa.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.