ad
PBT

MBSA buka kaunter bayaran bergerak di Plaza Masalam Sabtu ini

3 Mac 2022, 8:39 AM
MBSA buka kaunter bayaran bergerak di Plaza Masalam Sabtu ini

SHAH ALAM, 3 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan perkhidmatan kaunter bayaran bergerak menerusi 'Shah Alam On Wheels' pada Sabtu ini, di pekarangan tempat letak kereta Plaza Masalam di Seksyen 9, di sini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata perkhidmatan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang itu bertujuan memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

"Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels menyediakan pelbagai kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun letak tempat kereta serta kaunter aduan.

"Menerusi perkhidmatan, kami berharap dapat memanptapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.