ad
AGENDA

MPHS: 4,807 premis tiada lesen di Hulu Selangor berdepan tindakan

3 Mac 2022, 3:36 AM
MPHS: 4,807 premis tiada lesen di Hulu Selangor berdepan tindakan

SHAH ALAM, 3 MAC: Sebanyak lima jabatan di bawah Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) diberi tanggungjawab untuk memantau premis haram di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung.

Yang dipertuanya berkata lima jabatan terbabit adalah Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Pelesenan.

"Baru-baru ini, MPHS menubuhkan pasukan petugas operasi pematuhan perniagaan bagi memantau premis perniagaan dan perindustrian beroperasi tanpa lesen termasuk bangunan kosong di lokasi itu.

"Berdasarkan rekod, ada 4,807 premis yang disyaki tidak memiliki lesen perniagaan iaitu 2,259 di Bukit Sentosa dan 2,548 (Bukit Beruntung)," kata Mohd Hasry Nor Mohd dalam kenyataan.

Katanya, pasukan diberi kuasa untuk bertindak sekiranya pemilik premis tiada lesen perniagaan dan menggaji pekerja warga asing.

"Pemilik yang membuat pengubahsuaian bangunan dan meletak barang di kaki lima premis termasuk menternak burung walit tanpa kebenaran juga boleh dikenakan tindakan," katanya.

Fasa pertama operasi itu bermula pada 22 Februari lalu di Bukit Sentosa antaranya di Jalan Telipot, Jalan Seroja, Seri Pagi, Kamunting, Persiaran Bunga Raya dan Jalan Ros.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.