ad
AGENDA

Bomba: Ban Taman Sri Muda pecah, tiada limpahan ke kediaman penduduk

2 Mac 2022, 3:58 PM
Bomba: Ban Taman Sri Muda pecah, tiada limpahan ke kediaman penduduk
Bomba: Ban Taman Sri Muda pecah, tiada limpahan ke kediaman penduduk

SHAH ALAM, 2 MAC: Sebuah ban berhampiran pintu kunci air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini pecah dipercayai akibat hujan lebat di kawasan tersebut petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada penduduk pada 8.15 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba di lokasi 14 minit kemudian.

“Keadaan di lokasi terkawal. Kerja pembaikan sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya dalam kenyataan.

[caption id="attachment_511178" align="aligncenter" width="644"] Jabatan Pengairan dan Saliran menghantar jengkaut untuk membaiki ban pecah berhampiran pintu kunci air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 2 Mac 2022. Foto ihsan Sinar Harian[/caption]

Norazam berkata pihaknya turut menggerakkan lima bot ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bomba akan terus berada di lokasi sehingga air pasang pada 12 tengah malam ini untuk memantau paras air. Setakat ini tiada limpahan air ke kawasan kediaman penduduk,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.