ad
AGENDA

Syor buka fail 'pendakwaan terpilih', Anwar tiada halangan tapi usah sindir

2 Mac 2022, 10:10 AM
Syor buka fail 'pendakwaan terpilih', Anwar tiada halangan tapi usah sindir

SHAH ALAM, 2 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada halangan jika kerajaan persekutuan mahu membuka semula fail mana-mana kes jenayah yang dianggap pendakwaan terpilih sepanjang Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah.

Bahkan, ketua pembangkang itu mengesyor kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan peguam negara berbuat demikian jika percaya dengan andaian itu.

"Kalau beliau mengandaikan bawah kerajaan HARAPAN berlaku pendakwaan terpilih, tiada halangan sama sekali untuk peguam negara membuka fail tersebut.

"Jangan berikan sindiran seolah-olah ada (fail kes salah guna kuasa). Kalau ada silakan buka sekarang," kata ahli parlimen Port Dickson dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Ismail Sabri di Dewan Rakyat memberi jaminan pentadbirannya tidak melindungi mana-mana individu yang berdepan kes rasuah atau membuat pendakwaan terpilih kepada individu tertentu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Anwar yang mempersoal kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan indeks persepsi rasuah (CPI) dan membendung amalan tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.