ad
AGENDA

Anwar: Malaysia harus lantang tolak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine

2 Mac 2022, 8:45 AM
Anwar: Malaysia harus lantang tolak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine

SHAH ALAM, 2 MAC: Kerajaan persekutuan digesa menyatakan pendirian tegas berhubung konflik antara Rusia dan Ukraine dengan lantang menolak sebarang tindakan pencerobohan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia harus membuat keputusan tegas dalam isu tersebut, bukan mendiamkan diri sekali gus boleh mengundang risiko terhadap keselamatan negara.

"Memang ada sedikit kontroversi kerana orang mengatakan kita seolah-olah ikut selera Amerika Syarikat (AS). Keganasan AS atau campur tangan di Syria atau Libya kita tidak pernah sokong.

"Kita harus lantang menentang. Kita tidak boleh izinkan dengan alasan apa sekalipun penaklukan Rusia ke atas Ukraine," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa dukacita Malaysia dengan perkembangan di Ukraine dan berharap penyelesaian damai segera dicapai bagi menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara.

Presiden Russia Vladimir Putin mengumumkan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine dan menceroboh negara termasuk melakukan beberapa siri pengeboman.

Sementara itu, Anwar yang juga ahli parlimen Port Dickson mengingatkan kerajaan supaya konsisten dalam menyuarakan isu keganasan Israel ke atas Palestin yang terus berlarutan selain nasib penduduk Rohingya di Myanmar.

"Selama ini, Malaysia konsisten dari segi ini dan berharap menteri luar negeri terus menyuarakan dengan lebih lantang hal sedemikian," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.