ad
AGENDA

Jumlah jangkitan harian turun lebih 2,800 kepada 24,466 kes

28 Feb 2022, 2:33 AM
Jumlah jangkitan harian turun lebih 2,800 kepada 24,466 kes

SHAH ALAM, 28 FEB: Angka jangkitan harian Covid-19 turun 2,833 kes kepada 24,466 kes semalam berbanding kelmarin, dengan jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua pengarah kesihatan menjelaskan 24,361 kes atau 99.57 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

"Daripada kes yang dilaporkan hari ini, 105 kes (0.43 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Majoriti pesakit masih dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 8,704 kes (35.58 peratus)
  • Kategori 2: 15,657 kes (63.99 peratus)
  • Kategori 3: 51 kes (0.21 peratus)
  • Kategori 4: 34 kes (0.14 peratus)
  • Kategori 5: 20 kes (0.08 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini 3,419,636 kes.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.