ad
AGENDA

Penerima Sinovac, individu 60 tahun ke atas perlu dos penggalak sebelum 31 Mac

24 Feb 2022, 9:48 AM
Penerima Sinovac, individu 60 tahun ke atas perlu dos penggalak sebelum 31 Mac

SHAH ALAM, 24 FEB: Kementerian Kesihatan hari ini setuju melanjutkan tempoh masa bagi penerima vaksin Sinovac berumur 18 tahun ke atas untuk memperoleh dos penggalak kepada 31 Mac ini.

Sebelum ini, individu terbabit perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Februari bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka.

Ia turut membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang sudah menerima semua jenis vaksin.

"Mulai 1 April status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya masih belum mendapat dos penggalak," kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Putrajaya hari ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.