ad
AGENDA

Pusat kuarantin Maeps dibuka semula, kapasiti lebih kecil

24 Feb 2022, 6:51 AM
Pusat kuarantin Maeps dibuka semula, kapasiti lebih kecil

SHAH ALAM, 24 FEB: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) akan dibuka semula dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata ia dibuka dengan kapasiti lebih kecil dan mudah diuruskan, lapor Berita Harian.

"Kerajaan bercadang menyusun semula strategi di PKRC Maeps, lokasinya pun berubah dari blok asal yang kita gunakan sebelum ini.

"Secara ringkasnya PKRC itu masih terletak di Maeps namun saiz kawasan, bangunan, fungsi dan pasukan penugasannya berbeza. Jumlah pesakitnya pun lebih kecil dan mudah diuruskan iaitu kira-kira 850 pesakit,"katanya.

PKRC Maeps 2.0 ditutup secara rasmi pada 8 Februari lalu dan sepanjang 14 bulan beroperasi.

Sepanjang tempoh itu, seramai 166,072 pesakit Covid-19 dirawat di situ.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.