ad
AGENDA

40 syarikat sertai persidangan halal pada 4 Mac

23 Feb 2022, 6:30 AM
40 syarikat sertai persidangan halal pada 4 Mac

SHAH ALAM, 23 FEB: Sebanyak 100 pempamer daripada 40 syarikat menyertai Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang dijadual berlangsung pada 4 Mac.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni menjelaskan pempamer terdiri daripada enam kluster iaitu makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal.

"Persidangan berlangsung selama tiga hari sehingga 6 Mac bermula dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam melibatkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dijadual menyempurnakan perasmian persidangan berkenaan pada 4 Mac.

Selhac adalah program anjuran Kerajaan Negeri yang disertai pemain industri dari dalam dan luar negara. Orang ramai dipelawa hadir untuk memperoleh pelbagai maklumat berkaitan industri itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.