ad
AGENDA

Ribut petir, hujan diramal berlaku petang hingga malam ini di Selangor

22 Feb 2022, 8:59 AM
Ribut petir, hujan diramal berlaku petang hingga malam ini di Selangor
Ribut petir, hujan diramal berlaku petang hingga malam ini di Selangor

SHAH ALAM, 22 FEB: Sebahagian besar Semenanjung termasuk Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada waktu petang hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri lain yang berdepan cuaca sama ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Manakala negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, sebahagian besar Sarawak dan beberapa lokasi di Sabah mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 8 malam ini.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurut jabatan itu di Facebook.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.