ad
BERITA UTAMA

Amalan tadbir urus baik, kutipan hasil MPKL meningkat kepada RM81.4 juta

17 Feb 2022, 12:00 AM
Amalan tadbir urus baik, kutipan hasil MPKL meningkat kepada RM81.4 juta

KUALA LANGAT, 17 FEB: Jumlah kutipan hasil Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) meningkat kepada RM81.4 juta pada 2021 berbanding RM79.8 juta tahun sebelumnya.

Yang Dipertuanya Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata perolehan hasil itu hasil amalan tadbir urus yang baik, bertanggungjawab serta berdisiplin.

“Tadbir urus yang baik diamalkan MPKL adalah realistik berasaskan anggaran perbelanjaan. Belanjawan berimbang dalah formula MPKL mengekalkan rekod 13 tahun berturut- turut untuk Sijil Audit Bersih.

"MPKL yakin prestasi cemerlang ini akan diteruskan pada 2022 serta tahun-tahun mendatang,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang di Universiti Mahsa hari ini.

Terdahulu, seramai 35 kakitangan MPKL pelbagai jabatan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021.

Selain itu Amirul Azizan berkata MPKL mendukung aspirasi ke arah kerajaan digital dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan secara atas talian.

“Pelbagai capaian kemudahan pembayaran yang boleh dilakukan hanya di hujung jari meningkat dalam kalangan warga Kuala Langat.

“Kemudahan atas talian telah membantu memperkasakan tahap penguasaan teknologi oleh kakitangan yang menguruskan urusan terimaan pembayaran dan aduan,” katanya

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.