ad
ADN

50 murid terima kelengkapan sekolah sumbangan DUN Kampung Tunku, NGO

16 Feb 2022, 2:50 AM
50 murid terima kelengkapan sekolah sumbangan DUN Kampung Tunku, NGO

SHAH ALAM, 16 FEB: Seramai 50 murid sekolah rendah yang tinggal di Pangsapuri Sri Aman, Petaling Jaya menerima perkakasan sekolah, kelmarin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku berkata bantuan bagi meringankan beban ibu bapa yang masih terkesan Covid-19 itu disumbangkan badan bukan kerajaan (NGO) For The Kids dan Angkatan Demokrat.

"Antara barangan yang diberikan seperti botol minuman, bekas makanan, perkakasan menulis, peralatan mewarna dan cecair pembasmi kuman.

"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bapa dan membantu si anak-anak kecil dalam mengejar ilmu," kata Lim Yi Wei ketika dihubungi SelangorKini.

Sebelum ini dilaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku telah mengagihkan lebih 2,000 bakul makanan kepada penduduk sekitar yang terkesan susulan Covid-19.

Yi Wei berkata bantuan itu mula diberi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan berterusan demi memastikan tiada pihak terputus bekalan asas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.