ad
AGENDA

Siti Nurshuhaini bersedia diturunkan pemain utama negara berdepan India

16 Feb 2022, 12:44 AM
Siti Nurshuhaini bersedia diturunkan pemain utama negara berdepan India
Siti Nurshuhaini bersedia diturunkan pemain utama negara berdepan India

SHAH ALAM, 16 FEB: Siti Nurshuhaini Azman bersedia diturunkan sebagai pemain pertama menentang India pada saingan kedua peringkat kumpulan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 petang ini.

Pemain perseorangan ketiga berusia 18 tahun itu berazam mempamerkan aksi terbaik seperti dilakukan semalam ketika membenam pemain Jepun, Hina Akechi 21-16, 22-20.

“Seandainya turun sebagai pemain pertama, insya-Allah saya sedia menggalas tanggungjawab itu.

“Perlawanan esok (hari ini) bertemu India mungkin lebih mudah dari Jepun, tetapi saya tetap kena buat yang terbaik dengan mengubah corak permainan dan bertahan dalam gelanggang,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

[caption id="attachment_509026" align="alignright" width="380"] Pemain perseorangan wanita negara Siti Nurshuhaini Azman bercakap kepada media ketika Kejohanan Badminton Berpasukan Asia Selangor 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 15 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas perlawanan pertama semalam, pemain pada kedudukan ke-311 dunia itu mengakui sedikit tertekan selepas dua pemain perseorangan wanita negara tewas kepada lawan masing-masing.

Bagaimanapun, Nurshuhaini yang berasal dari Rawang, Selangor enggan menjadikannya halangan untuk mencari mata pertama buat negara.

“Ada sedikit (takut), tetapi saya cuba untuk dapatkan mata demi mata. Walaupun pada pusingan kedua agak ketinggalan, namun saya cuba bangkit dan keluarkan segala (strategi) yang ada,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.