ad
ADN

DUN Sentosa galak aktiviti berkebun, tingkat keceriaan komuniti setempat

15 Feb 2022, 3:51 AM
DUN Sentosa galak aktiviti berkebun, tingkat keceriaan komuniti setempat

SHAH ALAM, 15 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa akan mengadakan pertandingan keceriaan di Jalan Kebun Nenas, Klang berikutan kejayaan Kebun Komuniti di kawasan berkenaan.

Pengumuman itu dibuat Ahli Dewan Negeri (ADN) Dr G Gunarajah dan berkata, inisiatif itu diharap dapat mengekang aktiviti pembuangan sampah haram, selain menggalakkan masyarakat untuk berkebun sekali gus menjana pendapatan komuniti setempat.

"Seramai 60 peserta terbabit dalam empat kategori dipertandingkan iaitu kebun tercantik, kebun kreatif, kebun terbersih dan papan tanda menarik di lot masing-masing.

"Sebagai motivasi kita sediakan hadiah lumayan kepada mereka," katanya kepada Media Selangor, kelmarin.

Beliau memaklumkan pihak Kerajaan Negeri turut menyumbang baja kompos kepada peserta dan ia adalah kali ketiga bagi kawasan berkenaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.