ad
ADN

ADN Sungai Ramal kongsi rezeki agih hamper, angpau Tahun Baharu Cina

14 Feb 2022, 10:55 AM
ADN Sungai Ramal kongsi rezeki agih hamper, angpau Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 14 FEB: Masyarakat Cina di Kajang Utama dirai Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal sempena Tahun Baharu Cina, kelmarin.

Mazwan Johar berkata seramai 40 tetamu hadir dengan mereka menerima hamper bernilai RM100 dan juga angpau.

Katanya majlis itu berlangsung dengan meriah walaupun program diadakan dalam suasana ringkas serta mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

"Alhamdulillah, sambutan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Sungai Ramal telah diadakan dengan kehadiran seramai hampir 40 orang tetamu dari kaum Cina.

"Moga sumbangan yang diterima ini dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di DUN Sungai Ramal," katanya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.