ad
AGENDA

Jumlah jangkitan turun lebih 1,700 kepada 21,072 kes

13 Feb 2022, 8:37 AM
Jumlah jangkitan turun lebih 1,700 kepada 21,072 kes

SHAH ALAM, 13 FEB:  Angka jangkitan harian Covid-19 turun 1,730 kes kepada 21,072 kes hari ini berbanding semalam, dengan jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata 99.59 peratus atau 20,986 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

"Daripada jumlah yang direkodkan hari ini, sebanyak 86 kes atau 0.41 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5," tulisnya di Twitter.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

- Kategori 1: 5,995 kes (28.45 peratus),

- Kategori 2: 14,991 kes (71.14 peratus),

- Kategori 3: 58 kes (0.28 peratus),

- Kategori 4: 20 kes (0.09 peratus) dan

- Kategori 5: 8 kes (0.04 peratus).

Jumlah jangkitan mencecah lima angka bermula 6 Februari lalu dengan 10,089 kes. Semalam, jumlah harian pesakit Covid-19 melonjak hampir 2,000 kes kepada 22,802.

Jumlah terkumpul jangkitan adalah 3,040,235 kes sejak dua tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.