ad
BERITA UTAMA

Negeri terima lebih 9,000 permohonan baiki rumah rosak akibat banjir

7 Feb 2022, 12:37 PM
Negeri terima lebih 9,000 permohonan baiki rumah rosak akibat banjir

SHAH ALAM, 7 FEB: Kerajaan Negeri menerima lebih 9,000 permohonan membaiki kediaman yang rosak akibat banjir pada Disember tahun lalu, kata EXCO perumahan.

Rodziah Ismail berkata daripada jumlah itu, lebih 3,000 permohonan telah dibuat penilaian sehingga minggu lalu.

"Penilaian ini melibatkan pelbagai agensi antaranya pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Kita jangka penilaian rumah untuk dibaiki ini selesai hujung bulan ini dan Dato' Menteri Besar akan umumkan jumlah sebenar menjelang Mac. Selain itu, laporan penilaian berhubung perkara ini diterima setiap minggu,"katanya.

Rodziah mencadangkan bantuan baik pulih kediaman yang terkesan banjir diberikan dalam bentuk wang tunai berbanding dibaiki kerajaan pusat.

"Kerajaan Negeri tiada kapasiti untuk pergi satu rumah ke rumah dan pemberian kewangan ini mempercepatkan proses bantuan serta tidak perlu menunggu lama,"katanya.

Pada 3 Februari lalu, Dato' Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 10,510 rumah mangsa terjejas bencana seluruh negeri ini akan dibaik pulih dan 44 dibina baharu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.