ad
AGENDA

Selangor FC uji Kelantan FC malam ini

6 Feb 2022, 6:27 AM
Selangor FC uji Kelantan FC malam ini

SHAH ALAM, 6 FEB: Malam ini akan berlangsungnya perlawanan persahabatan pra musim pertama antara pasukan Selangor FC dan Kelantan FC.

Justeru, pasukan Gergasi Merah menerusi Facebooknya mengajak peminat setia pasukan itu hadir memberi sokongan pada perlawanan bertempat di Stadium UiTM di sini, pada jam 8.45 malam ini.

"Jom turun stadium. Tiket boleh dibeli melalui pautan https://ticket.tickethotline.com.my/club/selangor/4/home ," kata pasukan itu.

Namun, Selangor FC mengingatkan hanya penyokong berusia 13 tahun keatas yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke dalam stadium berkenaan.

"Sekiranya didapati gagal dalam mematuhi terma dan syarat, anda tidak akan dibenarkan masuk dan tiada bayaran balik untuk pembelian anda.

"Jaga keselamatan dan kesihatan, patuhi tatacara operasi piawai (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.