ad
AGENSI

Lelaki 130kg meninggal dunia ketika mendaki bukit

4 Feb 2022, 10:51 AM
Lelaki 130kg meninggal dunia ketika mendaki bukit

SHAH ALAM, 4 FEB: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan ketika beriadah bersama dua rakan di Bukit Wawasan, Puchong hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Selangor) Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 10.49 pagi dan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mangsa, Kuan Wee Siong yang berusia 28 tahun dan berat badan dianggarkan 130 kilogram berjaya dibawa turun ke pusat kawalan bencana pada jam 2.48 petang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di PKB," katanya menerusi kenyataan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.