ad
AGENDA

Lebih 7,000 kes baharu, lonjakan seperti pertengahan Oktober tahun lalu

4 Feb 2022, 9:21 AM
Lebih 7,000 kes baharu, lonjakan seperti pertengahan Oktober tahun lalu

SHAH ALAM, 4 FEB: Jumlah kes harian Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 7,234 berbanding 5,720 kes semalam.

Peningkatan lebih 1,500 kes itu bersamaan angka yang direkodkan pertengahan Oktober tahun lalu dengan trend kenaikan kes bermula akhir Januari 2022.

"Pada 4 Februari, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 7,234 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Maklumat terperinci berhubung kes harian dimuat naik ke laman web https://covidnow.moh.gov.my dan dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.