ad
AGENDA

Kes harian Covid-19 tidak banyak berubah, masih paras 5,000

3 Feb 2022, 2:37 PM
Kes harian Covid-19 tidak banyak berubah, masih paras 5,000

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kes baharu Covid-19 dalam negara tidak banyak berubah apabila 5,720 kes direkodkan hari ini berbanding 5,736 semalam (2 Feb).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,887,780  setakat 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 43 melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

"Daripada kes hari ini juga, sebanyak 130 adalah kes import dan 5,590 kes tempatan manakala 114 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan," menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,968 pesakit dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini ialah 2,794,354.

Beliau juga berkata 15  kluster baharu direkodkan dengan 332 kluster masih aktif setakat ini.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pula berada pada paras 1.14 dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.24 diikuti Johor (1.20) dan Pulau Pinang (1.19) setakat semalam.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.