ad
AGENSI

Kereta hangus akibat api bakar sampah merebak

3 Feb 2022, 1:07 PM
Kereta hangus akibat api bakar sampah merebak

SHAH ALAM, 3 FEB: Sebuah Perodua Myvi hangus dipercayai akibat pembakaran sampah yang merebak ke kenderaan tersebut dalam kejadian i Parit 3 Timur, Sungai Panjang, Sabak Bernam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi, lapor Berita Harian.

Hafisham Mohd Noor menjelaskan, sepasukan empat anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

"Ketika kejadian, pemilik kereta berusia 38 tahun berada di dalam rumah keluarganya. Kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah dan dipercayai merebak ke kenderaan terbabit.

"Pemilik kenderaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Dia kemudian menghubungi bomba," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.