ad
AGENDA

Beriadah di Langkawi, aksi Sultan, Tengku Permaisuri main congkak curi tumpuan (VIDEO)

3 Feb 2022, 12:20 AM
Beriadah di Langkawi, aksi Sultan, Tengku Permaisuri main congkak curi tumpuan (VIDEO)

SHAH ALAM, 3 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan meluangkan masa beriadah di kawasan penginapan Kunang-Kunang Heritage Villa di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut dijamu sajian makanan Melayu oleh pemilik vila Datuk Radzuan Radziwill.

"Baginda amat tertarik dengan keindahan perkampungan tradisional Melayu di kawasan penginapan berkenaan yang tenang dan sesuai sebagai lokasi percutian," kata Selangor Royal Office di Facebook.

Laman rasmi itu turut berkongsi video berdurasi 21 saat memaparkan Sultan Selangor bersama Tengku Permaisuri Selangor ceria bermain congkak yang menarik perhatian warga maya.

                                                           

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.