ad
AGENDA

Klang, Kuala Langat dijangka alami ribut petir dan hujan lebat

1 Feb 2022, 1:46 AM
Klang, Kuala Langat dijangka alami ribut petir dan hujan lebat
Klang, Kuala Langat dijangka alami ribut petir dan hujan lebat

SHAH ALAM, 1 FEB: Dua daerah di Selangor, Klang dan Kuala Langat dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Twitter, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata kenyataan yang dikeluarkan pada jam 8.45 pagi itu.

MetMalaysia memaklumkan Sarawak juga diramal berdepan cuaca sama iaitu di Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.