ad
AGENDA

Polis buru pelumba kereta di lebuh raya, hukuman berat dikenakan

30 Jan 2022, 3:40 PM
Polis buru pelumba kereta di lebuh raya, hukuman berat dikenakan

SHAH ALAM, 30 JAN: Polis akan menyita kenderaan terbabit dengan kegiatan lumba haram termasuk di lebuh raya untuk tempoh panjang serta mengenakan saman maksimum kepada pemandu.

Ketua penolong pengarah penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata aktiviti berlumba di lebuh raya mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna lain.

"Kita akan buat tindakan susulan untuk mengesan lokasi serta pelakunya. Setiap perbuatan melanggar undang-undang pasti akan menerima padah dan kesannya.

"Tindakan sita kenderaan dalam tempoh masa yang lama akan dikenakan terhadap pelaku selain saman dengan kadar maksimum bagi memastikan aktiviti sama tidak berulang," kata Superitendan Dr Bakri Zainal Abidin

Beliau berkata penguatkuasaan dan pemantauan akan ditingkatkan bagi menangani kegiatan semakin berleluasa di negara ini.

Menurutnya, sekatan jalan raya akan dijalankan di kawasan berisiko tinggi bagi memberi kesedaran kepada pelumba haram supaya berfikir dua kali sebelum melakukan aktiviti berkenaan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.