AGENDA

Ribut petir, hujan diramal berlaku petang hingga awal malam di Selangor mulai esok

27 Jan 2022, 8:54 AM
Ribut petir, hujan diramal berlaku petang hingga awal malam di Selangor mulai esok

SHAH ALAM, 27 JAN: Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung termasuk Selangor dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam mulai esok.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), negeri lain ialah Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

Kawasan barat Sabah, utara dan tengah Sarawak turut diramal berdepan cuaca sama sehingga 3 Februari, manakala negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung mengalami cuaca panas dan kering.

Berdasarkan analisis MetMalaysia, sistem cuaca tekanan rendah di barat Pulau Palawan, Filipina dijangka bergerak ke arah barat laut menjauhi negara selain tidak berkembang menjadi siklon tropika yang signifikan dalam tempoh 24 jam.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.