ad
PBT

MBSA tangkap 21 anjing liar, atasi kacau ganggu penduduk Elmina

27 Jan 2022, 5:00 AM
MBSA tangkap 21 anjing liar, atasi kacau ganggu penduduk Elmina

SHAH ALAM, 27 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menangkap 21 ekor anjing liar sejak tahun lalu bagi mengelak kacau ganggu sekitar perumahan Elmina Garden dekat sini.

Sebanyak 15 tangkapan dibuat pada 2021 manakala enam lagi sepanjang bulan ini, kata Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad.

"Kesemua tangkapan haiwan liar dibuat hasil operasi Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA," katanya.

Shahrin berkata MBSA juga menyelaras operasi untuk menyelesaikan isu gagak yang mengganggu penduduk selain mengatasi longgokan sampah bahan binaan dan sisa pukal.

"Usahasama dibuat dengan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling untuk mengenal pasti status tanah memandangkan sampah berkaitan bawah rintis Tenaga Nasional Berhad," katanya.

Berhubung isu landskap jalan utama yang didakwa menghalang pandangan pemandu jalan raya, beliau menjelaskan perkara itu dirujuk kepada Sime Darby selaku pemaju kawasan terbabit.

Pada 25 Januari, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han bersama MBSA membuat lawatan tapak untuk meninjau beberapa masalah di perumahan tersebut.

Permasalahan itu turut mendapat perhatian Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Veterinar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.