ad
AGENSI

Selangor belanja RM4 juta bantu 40,000 pelajar terkesan banjir

23 Jan 2022, 3:21 PM
Selangor belanja RM4 juta bantu 40,000 pelajar terkesan banjir
Selangor belanja RM4 juta bantu 40,000 pelajar terkesan banjir

GOMBAK, 23 JAN: Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM4 juta untuk bantuan persekolahan kepada pelajar terjejas banjir baru-baru ini.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif itu dijalankan selepas program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) selesai melibatkan semua mangsa.

“Kita anggar bantuan ini berjumlah RM4 juta melibatkan 40,000 anak-anak terkesan akibat banjir,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Surau Malabar Hidayatul Islam, Selayang di sini.

Pada program itu, Amirudin menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Sekolah Taman Permata yang mengalami kebakaran dan RM20,000 untuk Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Ummi Selangor serta bantuan bakul makanan.

[caption id="attachment_505957" align="aligncenter" width="550"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melihat barang disumbangkan kepada penerima pada Majlis Penyerahan Bakul Makanan dan Kit Kesihatan Kepada Mangsa Banjir tajaan MBI di Surau Malabar Hidayatul Islam Selayang, Gombak pada 23 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Katanya, MBI sebelum ini memperuntukkan RM1.7 juta menerusi program Kembali Ke Sekolah bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

“Bantuan ini diberikan kepada 300 pelajar di DUN (Dewan Undangan Negeri) terpilih dan telah pun selesai lebih seminggu lalu,” katanya.

Selepas itu, beliau meluangkan masa lebih sejam di Surau Al-Karimiah, Kampung Laksamana untuk menunaikan solat Asar dan beramah mesra bersama jemaah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.