ad
AGENDA

Jemaah dibenar penuhi ruang solat, Sultan seru kekal patuhi SOP

20 Jan 2022, 9:08 AM
Jemaah dibenar penuhi ruang solat, Sultan seru kekal patuhi SOP

SHAH ALAM, 20 JAN: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru jemaah kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) susulan kebenaran menggunakan sepenuhnya ruang solat masjid dan surau.

Menurut kenyataan Istana Alam Shah hari ini, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga mahu setiap jemaah lengkap suntikan dua dos vaksin dan dos penggalak Covid-19.

"Menerusi setiap keputusan yang diambil, Baginda sentiasa memikirkan keselamatan nyawa rakyat di Selangor. Ini kerana mengikut statistik semasa, jumlah kematian akibat Covid-19 di Selangor sahaja telah melebihi 10,000 orang," jelas kenyataan itu.

Kelmarin, Sultan Selangor berkenan membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat dan ruang limpah masjid serta surau bagi menunaikan solat Jumaat mulai esok dengan jarak satu meter.

Sebelum ini, Selangor membenarkan 400 hingga 2,000 orang menunaikan solat Jumaat mulai 1 November kecuali 3,500 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk solat fardu, antara 200 hingga 500 orang dibenarkan, bergantung kepada kategori masjid dan surau dengan jarak 1.5 meter antara makmum bagi membendung penularan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.