ad
AGENSI

Team Selangor lupus al-Quran rosak akibat banjir

16 Jan 2022, 4:34 AM
Team Selangor lupus al-Quran rosak akibat banjir

SHAH ALAM, 16 JAN: Seramai 50 sukarelawan Team Selangor melakukan pelupusan naskhah al-Quran yang rosak akibat banjir semalam.

Agensi menerusi Facebook berkata proses tersebut dilakukan dengan tertib di Pusat Pelupusan al-Quran, Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

"Proses pelupusan al-Quran dimulakan dengan meleraikan helaian al-Quran dan dikeringkan.

"Selepas kering, helaian al-Quran akan dibakar sehingga menjadi abu dan dikumpulkan sebelum dihanyutkan ke laut," katanya.

Menurutnya lagi, proses pelupusan diteruskan hari ini dan menjemput mana-mana individu yang berkelapangan untuk turut sama membantu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.