ad
AGENDA

Thaipusam: Jalan Bukit Rotan, Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor tutup dua hari

15 Jan 2022, 12:10 AM
Thaipusam: Jalan Bukit Rotan, Jalan Klang-Teluk Intan di Kuala Selangor tutup dua hari

SHAH ALAM, 15 JAN: Dua jalan di Kuala Selangor ditutup dua hari mulai Isnin sempena perarakan sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar Alayam Swamy, Batu 2.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor berkata penutupan itu membabitkan Jalan Bukit Rotan dan Jalan Klang-Teluk Intan menghala ke Tanjong Keramat dengan pihaknya menyediakan laluan alternatif.

“Laluan dari arah Teluk Intan ke Klang ditutup di Kilometer 45.5 dan dilencongkan di lampu isyarat Teluk Piah.

“Manakala, laluan dari arah Klang ke Teluk Intan pula hanya dibuka satu arah iaitu bagi kenderaan dari Klang ke Teluk Intan,” kata Superintendan Ramli Kasa menerusi kenyataan.

Beliau berkata petugas trafik ditempatkan di lokasi selain papan tanda pemberitahuan juga akan diletak bagi melancarkan aliran trafik.

"Semua pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkenaan. Tindakan saman dan tunda akan diambil terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.