ad
AGENDA

Pasaran buruh dijangka pulih perlahan akibat banjir

10 Jan 2022, 2:20 PM
Pasaran buruh dijangka pulih perlahan akibat banjir

SHAH ALAM, 10 JAN: Prospek pemulihan pasaran buruh dijangka perlahan pada tahun ini khususnya di Lembah Klang susulan bencana banjir hujung tahun lalu.

Jabatan Perangkaan Malaysia memaklumkan peningkatan kes baharu Covid-19 susulan varian Omicron juga menjadi satu cabaran kepada usaha pemulihan.

"Bencana banjir yang melanda wilayah tengah dan Pantai Timur baru-baru ini mungkin menyebabkan pemulihan lebih perlahan memandangkan dominasi ekonomi dan guna tenaga terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur," kata jabatan itu dalam buletin diterbit Jumaat lalu.

Jabatan itu menjelaskan Bajet 2022 yang memberi tumpuan terhadap pemulihan pasaran buruh dengan mengembalikan keupayaan perniagaan, menjana dan mengekalkan pekerjaan dijangka dapat mempercepatkan pemulihan pasaran buruh.

Dalam pada itu, katanya kelonggaran pergerakan merentas negeri memberi impak signifikan kepada industri berkaitan pelancongan domestik sekali gus membolehkan peniaga memulihkan momentum perniagaan.

"Perkembangan positif ini telah memacu proses pemulihan ekonomi di Malaysia seterusnya meningkatkan permintaan buruh dan menyumbang kepada pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan," kata jabatan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.