ad
AGENSI

Mais sumbang makanan kering, dapur masak kepada mangsa banjir

9 Jan 2022, 3:45 AM
Mais sumbang makanan kering, dapur masak kepada mangsa banjir

SHAH ALAM, 9 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang 200 kotak makanan kering kepada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang terkesan banjir.

Agensi memaklumkan bantuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) disampaikan oleh EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni Jumaat lalu.

"Dalam pada masa yang sama turut diadakan majlis penyerahan bantuan banjir berupa 30 unit toto dan dapur memasak kepada wakil penduduk Kampung Bukit Lanchong.

"YB Zawawi turut menyumbang 10 periuk nasi elektrik," tulisnya di Facebook.

Mais berkata pihaknya berharap bantuan tersebut dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa banjir untuk memulakan kehidupan baru tahun ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.