ad
AGENDA

Sultan harap individu ambil rasuah dikena hukuman lebih tegas

8 Jan 2022, 2:23 AM
Sultan harap individu ambil rasuah dikena hukuman lebih tegas

SHAH ALAM, 8 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bersetuju dengan saranan khutbah Jumaat semalam agar kerajaan membenteras aktiviti rasuah supaya individu yang mengamalkannya dikenakan hukuman lebih tegas.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah dengan cara itu golongan terbabit menjadi gerun dan takut apabila pemerintah lebih fokus kepada langkah pencegahan sebelum terjadinya jenayah tersebut.

"Baginda bertitah rasuah adalah sangat berbahaya dan bala yang besar. Ia sesuatu yang memudaratkan masyarakat, orang Islam dan meletakkan pengurusan dan pentadbiran menjadi tidak stabil.

"Rasuah ini berlaku dalam semua urusan termasuk urusan kehakiman, tanah, percukaian, zakat dan lain-lain, malah dalam perkara yang melibatkan agama dan orang agama," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Tuanku juga menyeru umat Islam negeri ini memahami dan menghayati intipati khutbah berkenaan mengatakan Allah melaknat pengamal rasuah kerana bahayanya yang besar.

"Seseorang tidak boleh memberi rasuah dan tidak boleh juga seseorang pegawai mengambilnya bahkan wajib berjaga-jaga daripadanya," titah baginda.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.