ad
AGENDA

MB kongsi kisah tangani banjir, cara dapatkan bantuan di laman web

4 Jan 2022, 8:25 AM
MB kongsi kisah tangani banjir, cara dapatkan bantuan di laman web
MB kongsi kisah tangani banjir, cara dapatkan bantuan di laman web

SHAH ALAM, 4 JAN: Sejak bermula tragedi banjir besar melanda negeri ini hujung tahun lalu, Dato' Menteri Besar melibatkan diri secara langsung dari usaha menyelamat hinggalah memberikan bantuan kepada mangsa.

Dato' Seri Amirudin Shari melaksanakan mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri dan daerah serta mengumumkan bantuan untuk mangsa banjir.

[caption id="attachment_503335" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri' Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23,Subang Jaya pada 24 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau juga turun padang bersama-sama pelbagai agensi dan sukarelawan dalam menjalankan usaha pembersihan pascabanjir.

Malah beliau mengikuti rapat proses pembersihan dan membuat pengumuman mengenai perkembangannya setiap hari.

Orang ramai boleh mengikuti penglibatan beliau sepanjang peristiwa banjir di Selangor serta arkib pengumuman penting menerusi laman sesawang www.amirudinshari.com/banjir-selangor-2021

Segala maklumat berkenaan data penerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Selangor juga akan dikemaskini di laman web ini dari semasa ke semasa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.