ad
ADN

1,000 bakul makanan diagih santuni keluarga susah di Balakong

3 Jan 2022, 2:53 AM
1,000 bakul makanan diagih santuni keluarga susah di Balakong

SHAH ALAM, 3 JAN: Sebanyak 1,000 pek bakul makanan diedarkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Balakong mulai 1 Januari.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata bantuan itu bagi menggantikan program sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang dibatalkan susulan Covid-19 dan banjir.

"Kita berikan sumbangan ini bagi menghormati individu yang terkesan bukan sahaja dengan pandemik Covid-19 tetapi bencana banjir baru-baru ini.

"Kita harap pemberian ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima sekali gus meraikan perayaan secara bersederhana," katanya ketika dihubungi.

Antara makanan diagihkan ialah beras, gula, garam, kopi, susu pekat, sardin, kuih raya, kalendar, pelitup muka dan angpau.

Siew Ki berkata individu yang memerlukan bantuan boleh tampil ke Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong atau hubungi 03-9076 0331.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.